Salam...
Kalau nak diceritakan pasal kawan, terlampau banyak sangat pengalaman aku dengan kawan atau sesetengah orang gelar sahabat. Ada yang menggembirakan dan ada juga yang menyakitkan. Tapi dalam banyak-banyak kawan yang kita kawan, mesti ada diantara mereka yang kita gelar sebagai sahabat karib atau best friends.
Bila kita sebut pasal berkawan ni, ada juga kawan kita yang berjaya mengubah kita sama ada menjadi lebih baik atau menjadi lebih teruk, semata-mata kerana kita tidak mahu kehilangan mereka. Someone who changes your life by just being part of them. Mereka mengajak kita ketawa bersama-sama, gembira bersama-sama, berkongsi interest yang sama dan lain-lain lagi. Kawan juga boleh menjadikan kita terasa selamat bila berada bersama mereka, terasa diambil berat, terasa disayang, terasa dihargai dan membuat kita percaya dengan diri kita sendiri atau lebih yakin untuk berhadapan dengan dunia. Ada juga kawan yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan dan melihat kawannya bahagia.
Sepanjang pengalaman kita berkawan, kita mungkin berjumpa dengan kawan yang mungkin akan menjatuhkan atau menyakitkan kita kerana wang, kerana family, kerana perasaan iri hati atau dengki, atau kerana perempuan atau lebih tepat sekali kerana cinta. Seberapa lama pun anda mengenali sahabat anda, mereka mungkin boleh menyakitkan hati anda sehingga anda kadang-kadang serik untuk mempunyai kawan. Jangan anda bayangkan ia mungkin terjadi kepada kawan anda sahaja, kerana ia mungkin juga terjadi kepada kawan rapat anda. This is what we called life.
Dalam kehidupan ni, kawan yang kita percaya sentiasa menyokong dan membantu kita, mungkin akan menjatuhkan kita. Kawan yang kita telah jalinkan ikatan persahabatan untuk suatu tempoh masa yang lama, mungkin meninggalkan kita kerana orang lain atau cinta. Kawan yang tak pernah menyinggung perasaan kita, mungkin berubah kepada someone yang sentiasa menyakitkan hati kita. Kawan yang sentiasa mendengar masalah kita mungkin berubah menjadi seorang yang sentiasa memberi masalah kepada kita atau terus meninggalkan kita. Seorang yang kita percaya boleh menyimpan segala rahsia kita mungkin juga menikam kita dari belakang semata-mata kerana perasaan hasad dengki. Manusia mungkin berubah dan sentiasa berubah dan tidak mustahil perkara ini semua berlaku dalam kita berkawan.
Pelbagai kemungkinan yang mungkin tidak kita jangka terjadi dalam berkawan ini. Kawan mungkin mengecewakan kita, kawan mungkin membuat kita menangis, kawan mungkin tidak mahu mendengar nasihat kita, kawan mungkin menyinggung perasaan kita, kawan mungkin kadang-kadang mengabaikan kita, kawan mungkin setiasa memberi masalah kepada kita, kawan kita mungkin lari kepada orang lain, kawan kita mungkin berubah menjadi someone else, atau mungkin dari rasa seorang kawan, timbul pula rasa cinta yang mungkin berputik lalu mekar menjadi kuntuman mawar. Ini semua kemungkinan-kemungkinan yang mungkin kita hadapi dalam berkawan.
Apa yang lebih penting dalam kita berkawan ini adalah perasaan ikhlas. Ikhlas dalam berkawan memberi kesan kepada nilai persahabatan yang terjalin. Apalah nilai suatu persahabatan itu tanpa perasaan ikhlas yang wujud di antara kedua-dua belah pihak. Adakah harta benda, paras rupa, pangkat, glamour yang menjadi ukuran dalam kita memilih sahabat? Adakah kita telah merasa kita telah memberi yang terbaik kepada sahabat kita? Adakah kita rasa kita perlu mendapat balasan atas apa yang kita berikan kepada sahabat kita? Adakah kita terpaksa atau perlu menjadi diri orang lain semata-mata ingin diterima oleh sahabat kita? Adakah kita perlu sentiasa menerima atau berdiam diri atas perbuatan sahabat kita sedangkan kita langsung tidak senang dengan apa yang dia lakukan? Atau adakah kita hanya mampu pasrah atau berserah atas apa yang telah ditentukan?
Apa yang ingin disampaikan di sini hanyalah sedikit idea yang ditulis dari segenap hati kecil yang pernah merasai suka duka dalam berkawan. Tidak lebih dari itu, ia adalah sekadar persoalan-persoalan yang mungkin hanya boleh dijawab apabila kita melihat kembali tujuan dan atas dasar apa kita berkawan. Setiap individu mungkin mempunyai jawapan yang berlainan, tetapi sekurang-kurangnya kita sedar dan bersedia atas apa-apa kemungkinan yang berlaku. Persahabatan yang terjalin begitu indah untuk kita rasai dan nikmati dan jangan biarkan ia menjadi suatu yang kita tangisi. Ambil lah peluang yang ada untuk mengenali dan memberikan yang terbaik untuk sahabat anda sementara ada dengan hati yang jujur dan ikhlas.
Sekian...
0 comments:
Post a Comment