Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger




“I've Learned That People Will Forget What You Said, People Will Forget What You Did, but People Will Never Forget How You Made Them Feel”

UKM - Festival Zapin MAKUM 2008

Thursday, December 4, 2008


Festival Zapin MAKUM 2008

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kumpulan : Aadyamaatra Artisukma

Jenis Zapin : Zapin Sarawak

Tajuk Lagu : Roskalas

Pegawai Pengiring : Hazelina Ghazaly (Kak Ina)

Koreografer : Rosmalinda Abu Samah (Kak Lin)

Abang Zainal (Istana Budaya)

Anugerah :

1. Anugerah Seri Perdana

2. Tempat Ketiga Keseluruhan

Nama Peserta :

1. Azizul Hakim Lahuri (Zizul)

2. Mohd Zahir Hafizi Safian (Rina)

3. Amirul Razee Addanan (Donia)

4. Muhammad Fadhil Che Sukarna (Dilla)

5. Sapri Junai (Melati)

6. Abdul Hafiz Rahim

7. Nur Izzati Abu Hanipah (Aizat)

8. Noor Faezah Dasuki (Faez)

9. Muhammad Akmal Kamaruddin (Mila)

10. Dhiya Farhani Baharun (Farhan)

11. Elly Azreen Khalid (Ali)

12. Farina Mohamad Yahya (Faris)

13. Asrinna Ow Jeffree Ow (Asri)

Juru make-up : Vee (Mama Lara)

Jurukamera : Mohd Hanafi Roslan (Napi)

Pembantu : Mohd Ridzuan Md Isa (Rita)

Penyokong : Nuex, RaDzee, Alee, Fatin, Wani, Yus, Chan, geng2 Leha Zaaba, Artis Budaya UKM, Abang Hamdan & the geng, family Kak Ina.

Sinopsis Persembahan :

Persembahan Zapin Sarawak / Sebat ini digarap dengan satu bentuk koreografi yang berasaskan tarian asal zapin sebat dari Kampung Sebat, Lundu, Sarawak dengan mengekalkan asas-asas gerak langkah seperti gerak mula langkah, mabuk kemenyan, langkah tiga, tumpah madu, bermain gelombang, meniti gigi air, gigit cempedak titi oaoan dan sebaya.


Teruna dara menyusun tari,

Gerak disusun tetap berseri,

Zapin Sarawak sama dilestari,

Tinggi nilainya tiada terperi.


Roskalas ditari gerak bersilang,

Indahnya tari bukan kepalang,

Ilham dicipta sangat cemerlang,

Warisan lama kekal gemilang.

Ulasan Penulis :

Pada tahun ini, sekali lagi Festival Zapin MAKUM telah berjaya diadakan bertempat di Dewan Banquet UPM. Pertandingan pada kali ini menyaksikan pertandingan hebat daripada 18 buah universiti bagi merebut pelbagai anugerah . Pada malam pertama sebanyak 10 buah universiti telah mempersembahkan persembahan mereka dimana UKM, UM dan UIAM telah menunjukkan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga. Ketiga-tiga buah universiti ini boleh dikatakan berada dalam rangking top 3 pada malam tersebut. Persembahan malam kedua pula melibatkan 8 buah universiti termasuk tuan rumah dimana UPM, UiTM dan UMS adalah di antara yang boleh dikatakan berjaya memikat hati audiens dengan persembahan yang cukup menarik. Festival kali ini boleh dilihat berjaya mengangkat dan memperkenalkan pelbagai jenis zapin dan yang paling glamour iaitu ramai yang cuba bawa ialah Zapin Sarawak dan juga Zapin Kelantan. Ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan kepada kita bahawa zapin bukan sahaja ada di negeri Johor malahan turut glamour di negeri2 yang lain. Betapa kuatnya pengaruh zapin di negara kita!!!.

Kareografer bagai setiap universiti ini juga boleh dilihat cuba memberi kelainan dalam persembahan zapin mereka dan tidak terbatas dengan pergerakan zapin dari negeri Johor sahaja. Contohnya seperti UiTM yang berjaya menggabungkan 4 jenis zapin dalam 1 lagu, UKM memperkenalkan 2 jenis Zapin Sarawak dalam lagu Roskalas, dan Zapin Kelantan oleh USM, UMT, UMK memang menimbulkan kelainan sekaligus mengangkat seni budaya zapin itu sendiri. Dari segi busana, masing2 cuba menonjolkan keaslian mengikut zapin yang ditarikan. Tetapi ada juga yang kelihatan seolah2 keliru dengan busana asli untuk dipadankan dengan tarian mereka terutama jika dilihat melalui Zapin Kelantan. Saya sebagai audiens keliru dengan busana asli yang sebenarnya betul untuk dipadankan dengan Zapin Kelantan. Ada yang berkebaya, ada yang berselendang dan ada juga yang berkerengkam. Sedangkan apa yang kita semua tahu, kerengkam hanya digunakan oleh penari perempuan untuk Zapin Sarawak sahaja... keliru oh keliru! Tahniah kepada UPSI yang memenangi anugerah busana terbaik. Anda memang layak menang, busana anda very asli. UM juga nampak asli tapi mungkin sudah tiada rezeki.

Kemenangan UPM mungkin sudah dijangka, tetapi saingan untuk mendapat Johan memang sangat mencabar terutama dari UM dan UKM. Entahlah, mungkin pelbagai faktor yang melayakkan mereka untuk menang. Mengikut juri, penghayatan penari UPM lebih sedikit dari UM, mungkin itu yang melayakkan mereka. Apa pun tahniah untuk UPM. Secara jujurnya, kami menjangkakan UM bakal menang kerana mereka menonjolkan floor pattern yang unik dan mengagumkan. Mungkin bukan rezeki mereka kot!!! UKM memang layak untuk berada ditempatnya, keseragaman dan gerak tari yg menarik memang memikat hati audiens. Penarinya juga best dan nampak very profesional disamping kelainan yang cuba ditonjolkan dengan mengekalkan keaslian lagu yang bervokal walaupun ade sedikit kontroversi dari universiti2 yang lain. Dah memang asli nak wat cmne!!! Apa pun pemenang2 memang layak ditempat mereka. Tahniah diucapkan dan keputusan hakim adalah muktamad!!!

Dila rossa & raDzee


Untuk menyaksikan persembahan mereka, klik link di bawah

1 comments:

♥ NANA ♥ said...

tahniah jugak UKM! :)