Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger




“I've Learned That People Will Forget What You Said, People Will Forget What You Did, but People Will Never Forget How You Made Them Feel”

Nike vs Adidas (Episod 1)

Tuesday, January 27, 2009



Salam,


Bermulanya pencarian kasut jenama nike dan adidas yang dilakukan oleh 4 sekawan ini. Aku namakan kawan aku ini sebagai kawan pertama, kawan kedua, kawan ketiga dan kawan keempat. Bermula dengan window shopping di Jusco Balakong, salah seorang daripada kami telah berminat dengan sepasang kasut futsal yang cantik jugk ar, jenama nike dan ade sale pulak tu. Harga die not bad ar, boleh dikatakan berpatutan jugak (maklum la... hari terakhir mega sale...) Kawan kami yang pertama ini dengan confident nye ingin membeli kasut tersebut tetapi atas nasihat 3 sekawan yang lain untuk meneruskan survey di kedai2 lain, kawan pertama kami ini pn keluar dari kedai. Lalu kami 4 sekawan bergerak ke kedai kasut yang lain bagi men'survey' kasut2 jenama tersebut, mne lah tau bleh dapat harga lebih murah...

Pencarian diteruskan disebuah kedai apabila seorang lagi daripada kami berminat dengan kasut futsal jenama nike. Kali ini, kawan kedua kami ini mendapat sokongan padu daripada 2 sekawan yang lain. Tiba2 kawan pertama kami yang ingin membeli kasut dikedai yang sebelumnya tadi juga berkenan or berminat dengan kasut ini lalu die menyatakan untuk membeli kasut yang sama ditambah dengan faktor harga yang berpatutan dan sokongan padu dari 2 sekawan tadi. Tetapi kawan kedua kami ini tak mahu mempunyai sepasang kasut yang sama, lalu permintaan kawan pertama kami yang ingin membeli kasut yang sama ditolak mentah2. Pelbagai alasan diberikan oleh kawan pertama kami ini tetapi tetap ditolak keras oleh kawan kedua kami. Antara kata2 kawan pertama kami, 'aku tak akan pakai kasut tu kalo ko pakai' .... Alasan tersebut juga ditolak oleh kawan kedua kami. Sedikit kekecewaan terpancar diwajah kawan pertama kami itu ditambah gelak ketawa oleh 2 sekawan yang lain. Kami 4 sekawan pn keluar dari kedai tersebut dan bergerak ke kedai seterusnya untuk men'survey' kasut dikedai yang lain...



Pencarian diteruskan dikedai yang lain, tetapi malangnya tiada kasut yang berkenan di hati kami ditambah dengan harga yang agak mahal. Lalu kami bergerak ke kedai yang pertama tadi bagi melihat semula kasut yang ingin dibeli oleh kawan pertama kami yang mula2 tadi. Kawan pertama kami yang mula2 nya tadi ingin membeli kasut tersebut telah men'cancel' untuk membeli kasut tersebut setelah melihat kasut kawan kedua kami. Tetapi malangnya kawan kedua kami tak mahu mempunyai kasut yang sama dengan kawannya, lalu kawan pertama kami tadi terus men'survey' kasut yang lain. Kawan kedua kami telah memegang kasut futsal jenama adidas new arrival pula, lalu diperhatikan oleh 3 sekawan yang lain. Memandangkan harga nya yang agak mahal dari kasut futsal nike, kawan kedua kami itu tidak berminat untuk membeli kasut itu memandangkan scholarship nya yang belum masuk. Lalu diajukan kasut tersebut kepada kawan pertama kami yang tengah kaya-raya memandangkan ptptn nya yang baru sahaja masuk, ditambah oleh sokongan padu dari 2 sekawan yang lain, lalu kawan pertama kami berminat untuk membeli kasut adidas tersebut. Kasut jenama adidas tersebut dibeli oleh kawan pertama kami (ade diskaun pulak...) lalu kami 3 sekawan pun keluarlah daripada kedai dengan hati yang puas tetapi tidak sepuas kawan pertama kami laa... huhu...

Pencarian kasut diteruskan lagi ke kedai yang kedua tadi setelah kami puas mencari kasut jenama tersebut di kedai yang lain, tetapi tiada. Kawan kedua kami sememangnya dari tadi ingin membeli kasut futsal jenama nike di kedai itu, lalu seletah mencari saiz yang sesuai ditambah komen2 daripada 3 sekawan lagi, kawan kedua kami pun bersetuju untuk membeli kasut tersebut, lebih2 lagi kasut itu lebih murah daripada kasut adidas kawan pertama kami tadi. Murah atau mahal tidak menjadi masalah kalo kte dah suke kat kasut tu... (betul tak kawan pertama kami...?) Sekali lagi 2 sekawan ini keluar daripada kedai kasut tersebut dengan keadaan puas tetapi tidak sepuas kawan pertama dan kedua kami...

Sebenarnya, kawan ketiga dan keempat kami juga ingin membeli kasut jenama tersebut tetapi memandangkan duit scholarship fama mereka belum masuk, mereka menangguhkan keinginan mereka sehingga duit masuk... begitu lah cerita nya...

Nantikan sambungannya...


2 comments:

Anonymous said...

huhu...msti kasut mahal nie...

mira zin said...

cari PUMA sudeyy..hahaha~