Aku begitu tertarik untuk mengatakan atau berbincang berkaitan dengan makhluk ciptaan Allah yang begitu sempurna kejadiannya ini. Apa yang ingin diperkatakan di sini, aku suka melihat dan memerhatikan tingkah laku, perangai, percakapan, gaya, perbuatan dan segala-galanya tentang manusia. Manusia ini begitu payah atau complicated untuk dinilai jika dilihat hanya dari rupa paras sahaja. Penilaian yang tidak tepat mungkin akan diperolehi sekiranya kita hanya membuat andaian seperti itu. Cara untuk menilai seseorang adalah melalui penilaian terhadap semua tingkah lakunya sama ada yang bersifat internal atau external.
Pengalaman mempunyai pelbagai dan ramai kawan menjadikan aku belajar tentang bermacam-macam perangai manusia yang kadang-kadang ia begitu sukar untuk dimengertikan. Setiap individu itu sepertinya mempunyai ciri-ciri atau identiti yang tersendiri yang mana ia membezakan seseorang itu daripada individu yang lain. Allah menjadikan manusia itu seimbang di antara sifat baik dan tidak baiknya. Cara bagaimana seseorang individu itu mengawal sifat baik dan tidak baiknya yang menentukan bagaimana mereka berperangai.
Individu yang mempunyai rupa paras yang cantik, pakaian yang kemas atau langkah yang teratur ketika berjalan tidak boleh diklasifikasikan sebagai seorang individu yang baik atau lemah lembut. Ini kerana sifat yang ditunjukkan ini hanya sifat luaran sahaja di mana ia menonjolkan sedikit sahaja sifat dalamannya. Seseorang individu yang sedikit tidak terjaga penampilannya mungkin juga adalah seorang tokoh besar atau seorang kenamaan yang berpangkat. Ini semua adalah kebarangkalian yang mungkin berlaku kerana manusia itu sendiri mempunyai pelbagai sikap dan perangai yang berbeza yang mungkin juga berubah mengikut masa dan persekitaran.
Apa yang cuba aku sampaikan di sini adalah kita tidak seharusnya menilai seseorang hanya daripada pandangan luaran sahaja. Kenali hati budi seseorang itu dulu sebelum membuat sebarang andaian tentangnya. Walaupun anda mungkin berkawan dengan seseorang itu selama berpuluh-puluh tahun, tetapi sebenarnya masih terdapat sifat atau perangainya yang masih tersembunyi atau yang masih anda belum ketahui.
Don’t judge a book by its cover, you better read it first
0 comments:
Post a Comment