KELAPA
Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.
Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.
Gunakan sebelah pada 31 December 2007. Dan sebelah lagi
pada 1 January 2008. Wah...tahan sampai 2 tahun kan?
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama,
Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.
Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Kalau untuk lebih 'tahan lama',
Bayar ler zakat utk barang kemas tu atau pakai je.
Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.
Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang,hahaa...
PAKAIAN
Nak tahan lama
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach. Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach. Jangan bawa mandi kat beach.
Gantung bila disimpan.Cuci guna air jeram/hujan.
Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.
Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...
BAJU SENDIRI SIMPAN..kekeke..
KERETA
Nak tahan lama...
Lepas beli, simpan kat garaj. Tutup elok2. Jangan bagi angin masuk. Jangan bagi abuk masuk. Jangan bagi wap air masuk.
bayar loan bulan2. Sampai abis loan. Gerenti tahan lama.
KENYANG
Kalau nak tahan lama,
Sebelum makan - baca bismillallah dan doa
Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah...
UMUR
Umur nak tahan lama?
Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan
jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi
bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).
ROKOK
Rokok nak tahan lama?
Jangan hisapplah......!!!!, letak atas meja dan pandang saja.
P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat
hahaaa....
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam
Rajin-rajinlah tidur siang.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/hubungan,
Jujur dan ikhlas je!!!!
“I've Learned That People Will Forget What You Said, People Will Forget What You Did, but People Will Never Forget How You Made Them Feel”
Petua Tahan Lama
Friday, November 7, 2008Posted by 23raDzee at Friday, November 07, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment