Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger




“I've Learned That People Will Forget What You Said, People Will Forget What You Did, but People Will Never Forget How You Made Them Feel”

A Little Bit Hurt

Monday, November 24, 2008

Salam,

Sedikit luahan perasaan daripada aku. Aku selalu berfikir tentang family dan kawan2 aku. Tak tahu lah sama ade anda juga ade terfikir tentang perkara tersebut. Apa yg aku selalu fikir adalah bagaimana hendak memberi yang terbaik buat family dan kawan2 aku. Aku mahu melihat senyuman dan kegembiraan di setiap wajah orang yang aku sayangi dan orang yang sentiasa bersama aku. Aku sanggup buat ape saje asalkan bende2 tersebut boleh mendatangkan kegembiraan kepada family dan kawan2 aku walaupun pada hakikatnya aku tidak berapa suke tentang perkara tersebut. Aku sanggup mengorbankan ape sahaje asalkan ia mungkin akan mengukir sedikit senyuman dan menghilangkan kesedihan seseorang. Aku kadang2 terfikir adakah tindakan yg aku buat ini adalah betul. Kadang2 aku terfikir kenapa aku harus melakukan sesuatu yang aku tak suka semata2 untuk menggembirakan orang lain. Kadang2 itu juga aku terfikir, mengapa aku perlu menjaga hati dan perasaan orang lain sedangkan orang lain tak pernah hendak menjaga hati dan perasaan aku. Inilah persoalan yg selalu bermain difikiran aku. Pernah juga terjadi dimana aku tidak berape suka dengan perangai kawan aku di mana aku merasakan die telah berubah disebabkan oleh sesuatu, tetapi malangnye aku tidak berupaya menyatakan perkara tersebut kepadanye. Aku berasa lebih selesa untuk meluahkan perasaan tersebut kepada kawan aku yang lain yang aku percaya dapat menenangkan aku. Dan akhirnya aku mengambil keputusan untuk terus tidak menyatakan ape yg terbuku di dalam hati aku ini kepada kawan aku itu walaupun sebenarnye aku mahu die berubah setidak-tidaknye seperti dulu. Tp itu lah aku, seorang yg mungkin tidak suke berterus terang. Bukan susah pn sebenarnye untuk berterus terang, tetapi bagi aku, aku mempunyai alasan tersendiri mengapa aku tidak berapa suke untuk berterus terang terutamanye bende2 yang berkaitan dengan perasaan orang lain. Mungkin keputusan yang aku buat ini sedikit menyakitkan hati aku, tetapi setidak-tidaknye ia tak menyakitkan hati orang lain. Maaf lah kepada sesiapa yg menjadi mangsa untuk aku meluahkan perasaan itu. Korang banyak membantu aku untuk membuat keputusan yg adil. Aku harus banyak belajar bagaimana hendak berhadapan dengan orang lain dan bagaimana hendak menjaga hati mereka. Aku akan sentiasa berusaha untuk melakukan dan memberi yang terbaik kepada family dan kawan2 aku. Siapalah aku tanpa mereka semua disekeliling aku. Setakat ini, aku gembira hidup begini walaupun ia sentiase menjadikan aku berfikir tentang nye, tentang diriku dan tentang diri orang lain.

0 comments: