Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger




“I've Learned That People Will Forget What You Said, People Will Forget What You Did, but People Will Never Forget How You Made Them Feel”

Siapa Mereka

Tuesday, May 19, 2009


Salam,

Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menyakitkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah, begitu bermakna dan memberi seribu satu pengalaman kepada kita.

Persahabatan tidak terjalin secara semulajadi tetapi memerlukan proses yang panjang untuk memperolehinya. Bolehkah kita mendapat sahabat sejati hanya dengan mengenali mereka untuk suatu jangka masa yang singkat sahaja.

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur dan disakiti, diperhatikan dan dikecewakan, didengar dan diabaikan, dibantu dan ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian. Sahabat jujur membantu di dalam kesusahan tanpa mengharapkan sebarang balasan yang kadang-kadang sanggup menyakitkan hati sendiri, menolak kemahuan sendiri, dan mengabaikan diri sendiri semata-mata ingin memberikan yang terbaik untuk sahabatnya.


Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan dan mengelakkan pergaduhan, justeru kerana kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya supaya sahabat itu sedar. Ia juga dilakukan dengan ikhlas dari hati dan bukan untuk menyinggung perasaan atau kerana sikap dengki atau iri hati.

Sahabat tidak pernah menutup kesalahan dengan kebenaran, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan itu dengan tujuan sahabatnya ingin berubah. Sesungguhnya ia dilakukan kerana sikap ambil berat dan rasa tanggungjawab sebagai seorang sahabat yang tidak mahu sahabatnya terus berada dengan keadaan yang tidak sepatutnya.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan. Kepercayaan di antara satu sama lain menjadikan ia semakin kuat dan kukuh dalam menghadapi kehidupan.

Kerendahan hati adalah sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap ego dan bangga diri Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga hancur kerananya.

Fikirkanlah dan ingatlah bahawa siapa yang ada disamping anda dan sedia membantu anda ketika anda berada di dalam susah dan senang.

...Mereka itulah sahabat anda...


0 comments: